nurul network

the future belongs to those who believe in the beauty of their dreams – eleanor roosevelt

rombongan ke jitra June 11, 2008

Filed under: Aku & kenangan — uun1712 @ 11:17 am

salam. lepas seminggu kenduri kawin abg aku selesai,  kak ngah aku yang dok kat jitra buat kenduri kawin anak dia (along shaakira) plak. nasib baik ammar dah baik demam (lepas kenduri kat sentul, ammar demam), baru boleh g ngan aman. kitorang ke sana sewa bas sekolah sponsor by org jitra. ada gak yang naik kereta. penuhla satu bas tu, ajak sekali kawan2 mak yang kat sentul dlm 8 org. yang selebihnya adik beradik kitorang, anak2 aku nampak je bas sekolah tu dtg dah nyanyi geng-geng bas sekolah. kiranya jadi geng bas sekolah la tu. kitorang bertolak dari sentul hari jumaat (30 mei) kul 9.00 pagi sampai jitra kul 5.00 ptg. lambat bas tu, biasalah bas sekolah, kejap-kejap berhenti adalah dalam 6 kali berhenti. takpela janji selamat sampai. kat sana sampai terus mkn. kakak aku sewakan rumah kedai 2 tingkat dan dan sebuah rumah utk bermalam. tapi aku & family tak tido kat situ, pasal aku ada kakak ipar yg dok kat area jitra tu jugak. so mlm aku pinjam kereta tido kat umah kakak ipar aku tu, selesa ckit sebab ada anak2 kecik lagi ni. uhh adam dah jumpa sepupu dia dah tak ingat kat ummi, ayah ngan adik dia, main jer. adam ni memang pandai berkawan, kawan ngan org yang tua dr dia. cuma ammar ni, main2 jugak, bila dah letih ke ngantuk ker memang cari ummi dia. bertolak balik dari jitra ari sabtu lepas kenduri terus balik. lebih kurang kul 5.30 ptg sampai sentul kul 2.00 pagi. uhh letih sungguh.

ada yang masuk beg je ni kang. inilah ammar aku sibuk2 kemas beg dia yang masuk beg

 

 

 

 

 

masa nak bertolak. seronok betul dia. adam ngan ayah, ammar ngan ummi. gambar adam takdela. susah tul nak amik gambr adam.

masa kat perhentian gurun utk singgah solat, aku amik kesempatan mandikan ammar, seronok tgk dia mandi. yela ngan panas(berpeluh2) kat atas bas, kita kalau ada peluang mandi pun mesti mandi punyer.

on the way nak balik kl. adam memang ngan abg2 sepupu dia je la. ammar tu join skali. perasan tak rambut ammar tu dah jadi pacak, tu suma keja abg2 sepupu dia la tu. shuut.. ammar nak baca buku.

gambar kawin along shaakira tak dapat lagila, dah sibuk2 sgt tak terambil gambar, tgh tunggu dari dia la ni. nanti kalau dpt aku update la.

 

One Response to “rombongan ke jitra”

  1. Hai semangat anak kak Nurul ni yer..geram tengok.Anak ct si Wafi badan takmo naik2..dok memanjang jer.
    Anak Kak Nurul yang sulung umo berapa?

    Dok kat mana la ni?


Leave a comment