nurul network

the future belongs to those who believe in the beauty of their dreams – eleanor roosevelt

rindu…. September 18, 2008

Filed under: Aku & kenangan,Uncategorized — uun1712 @ 2:22 pm

dekat2 nak raya ni, memang aku selalu teringat kat arwah mak. inilah kali pertama raya tanpa arwah. alhamdulillah masih ada mak mertua. dan tahun ke-6 beraya tanpa arwah abah. sebenarnya aku rindu suara mak kejut aku bangun tidur, ty dah solat ke belum. kadang2 bila waktu sorang2 aku rasa dah lama tak dgr suara org kejut aku bangun pagi hy, alarm h/phone yg berbunyi, suma tu berubah bila kita dah ada kehidupan baru(kawin). dulu yg pertama bangun pagi tentulah mak aku, kdg2 jer aku bgn dulu, itupun kalau ada hal. sekarang ni aku pulak yang amik tugas mak aku di kehidupan baru aku ni, pagi2 bangun tidur, bersihkan diri, pastu kejutkan hubby sblm g solat subuh.pernahlah sekali dua  hubby aku bangun dulu sblm aku itupun sebab dia sakit perut pg2.  bila teringat balik, aku jadi rindu dgn suara mak aku kejut subuh, biarpun agak keras bunyinyer. itulah yg menjadikan aku org sekarang. masa mak ada dulu, kalau mak tido kat umah aku pun kalah aku, mesti makyg bgn dulu. kejut aku bgn. mcm nak pecah pintu bilik mak aku ketuk.. tapi sekarang dah tak der dah. dulu masa aku belum kawin, rumah kakak dan abg aku dekat2 situ jer. waktu sahur tu, tiap2 hari mesti mak aku tgk rumah diorang, kalau lampu belum menyala lagi, siap call bgn sahur, dah kul berapa ni. itula mak aku sgt perihatin walau anak2 dia dah berumahtangga.

satu perkara lagi bab2 solat ni, sampai dah besar panjang,  mak mesti ty dah sembahyang ker belum. sekarang ni dah tak de saper nak ingatkan aku. memangla dah besar, solat tu kewajipan tak yah suruh, tapi kadang2 aku teringat kat mak, dah tak der org nak ty aku dah sembahyang ker belum, walaupun hubby aku. rindu rasanya.. dulu memangla bila mak ty cam tu, nanti kiter jawab, org taula, nanti org sembahyang la, tak pun jawab dahhh. tapi keras jer bunyinyer, mak sabar jer dgr jwp anak2 dia, tapi kalau mak tak buat camtu, agak2 jadi apa aku sekarang ni yer?.mak aku memang suka ingat2kan bab2 fardhu ni. kadang2 aku kesian jgk tgk mak, kalau ada org tarik muka kan mak, sampai aku kata “dah2 la tu mak, diorang dah besar pjg, pandai2 la diorang”. mak aku jawab, “mak tak kisah kalau dirang benci kat mak, mak tak nak diorang menyesal kemudian hr, nanti salahkan mak pulak sebab tak ingatkan”. betul kata2 mak aku tu, alhamdulillah berkat asuhan mak aku tu, anak2 dia walaupun tak semua belajar tinggi, tapi saling menghormati atr satu sama lain, walaupun arwah mak & abah dah takder kitorang masih lagi rapat, bab2 harta arwah pulak, masing2 setuju dgn apa yg diputuskan.

sekarang ni bila dah jadi ibu, baru kita faham dan menghargai ibu kiter. buat kalian, sementara masih ada ibu sayangila mereka sebaiknya sebelum dia dijemput pulang.

 

buka puasa September 10, 2008

Filed under: Aku & kenangan — uun1712 @ 9:04 am

nak buka puasa apa ari ni. persoalan tu jer yg bermain di fikiran tetiap ari. itula org pompuan, suma nak kena fikir. takpela nanti fikir. actually kiter nak kongsi gambar masa buka puasa dgn member ofis pada 4 ramadhan ari tu di suria station, bandar baru selayang.

antara menu kitorang chicken chop & fish n chip, utk ramadhan ada plus nasi ckit. actually kitorang order semi buffet, kalau amik menu buffet sahaja rm18.00. tambahan menu di atas ni RM28.00 sorang. menu lain ari tu mee goreng, mushroom soup, pasta, kuih muih, aneka bubur dll.

nilah aku & member2 ofis aku, sorang budak practical hidayah yg baju kuning tu. yg available(anak dara) baju coklat tu je, maya. yg lain suma dah jadi mak org. best kawan ngan diorang ni. kak umi (baju hijau) yg paling senior kat ofis ni. rozi(baju purple) yg baya aku, yg paling garang kat ofis. he..hee.. jgn marah rozi. garang tapi baik.

ok.. selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa.. sambung balik fikir nak buka puasa apa ari ni..

 

salam kemerdekaan August 30, 2008

Filed under: anak-anakku — uun1712 @ 11:02 am

selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 51. diperkenalkan:

pendekar adam &

pendekar ammar

 

 

 

family dinner

Filed under: Aku & kenangan — uun1712 @ 10:37 am

salam.. lama tul tak up date,  makin malas la skrg ni. kat ofis ni makin byk keje pun iyer. ok la nak citer gambar2 kat atas tu gambar masa g family dinner kat restoran nelayan, titiwangsa pada hari khamis 21 ogos 08. kakngah aku belanja. alhamdulillah kenyang dapat makan steamboat. ramai jugak semua family adik beradik ada kecuali family abg aku yg kat putrajaya takde. gambar kat atas tu no.3 gambar along, tgh tak lalu nak mkn. bawah dia angah munzirah, adik along. pastu gambar aku, mengandung kali ni rasa tak lawa plak. he..ee.. pastu gambar hubby aku yg semakin berisi. aku due bulan 12, hubby aku tak tau plak bulan berapa. terima kasih kak ngah belanja kitorang makan bukan ckit tau, ramai, 9-1 org adik beradik plus family masing (lebih kurang 40 org) termasuk kanak2. semoga rezeki yang ada sekarang semain diberkati. insyaAllah.

buat sume member2 dan family, selamat mengerjakan ibadah puasa. semoga ibadah2 kita di bulan mulia ni diberkati Allah. mohon ampun dan maaf andai ada tersalah atau tersinggung samada disedari atau tidak. sekian. wassalam

 

tag lagi July 4, 2008

Filed under: Uncategorized — uun1712 @ 10:01 am

memandangkan bos tak masuk lagi, aku jawabla tag ni dulu. ok jugak tag ni, at least up date blog jugak aku ni, kalau tak, tak de idea nak tulis.

1. nama timang-timangan

  • family: nurul, ucu, ummi(panggilan dari anak2ku), mak andak(sblh hubby)
  • friends: nurul, uun,
  • lain2- fadhilah (selalunya ustaz & ustazah yg suka panggil nama ni, mgkin lebih bermakna kot), -ibu (kat ofis, masa aku mengandung anak sulung, skrg dah tak dgr org panggil aku nama ni)

2. anda seorang yang: baik hati, bersangka baik, pemalu,  agak laser bila dah marah, suka belajar dari persekitaran, merendah diri, penakut, kurang keyakinan diri( kena motivasi ni)  dan korang fikirla sendiri.

3.insan teristimewa: mestila hubby dan anak2 selain arwah mak & abah serta family yg lain.

4. makanan dan minuman fevret: resepi arwah mak akula (ikan keli tumbuk ngan sambal cekur,  pecal, asam pedas dll ), laksa, soto, lontong, mee bandung.. dll, bykla fevret aku.

5. fevret color: orange, purple, peach, merah

6. fevret song: ntah yg sedap kot, aku tak brp layan sgt lagu2 skrg ni. buat masa ni, suka dgr lagu ketulusan hati- anuar zain & hy kau yg mampu-aizat.

7. siapa yg selalu buat anda gelak: mestila anak2 dan kartun2 kat tv tu.

8. sikap yang buat anda stress: cakap besar, dia je yang betul, yang best, org lain semua tak betul, ee benci betulla.

9. 3 benda yg selalu ada dlm handbag:

  • purse
  • handphone
  • kunci kereta

10. kali terakhir anda beriya-iya menangis: hari ibu ari tu, bila teringat kat arwah mak aku.

11. perkara paling lucu/memalukan dalam hidup anda: jatuh di khalayak ramai, aku buat tak tau jer, padahal malu siot.. pastu sandle yg aku pakai tu sampai skrg aku tak pakai.

12. tag 6 org rakan anda: mana ada sampai 6 org, sorang ada la, along shaakira jawabla. suruh ashraf jawab sekali. so jadi 2.. he..he

 

tag by pn. saly July 2, 2008

Filed under: Uncategorized — uun1712 @ 3:44 pm

sebenarnya mula2 ni aku tak phm pn apa benda nya tag-tag ni, malas aku nak layan. ni yg ke 3 di tag oleh salina othman, dgn ikhlasnya aku jawab. 2nd tag tu nanti dululah. yg 1st tag tu dah lama sgt, forget it la, buleh…

1 minit yang lalu, apa aku buat

baru balik lunch, makan mee bandung kat cafe bawah. awal2 gaji ni boleh la mkn kat cafe bawah rm 6.90 satu mangkuk ngan sky juice.. he.. hee

1 hari yang lalu, apa anda buat

semalam, waktu camni aku byr sgl mcm bil( astro, bil api, loan ptptn, insurance dll) through net. bila masa aku wat keje aaa? ada-ada, pagi aku wat keje, pastu lunch, solat. lepas bayar bil, tgk email & cari resepi kat net aku sambung keje balik.

1 orang yang terakhir menelefon kamu

suplier(sub con) utk kerja2 kat KLCC tanya “cek sudah siapkah?”

1 makanan yang baru dibeli

selain dari mee bandong lunch tadi, pagi tadi tapau kew tiau goreng utk breakfast.

1 barang yang baru hilang

seutas gelang emas. ee..ee. sedihla kalau ingat, hilang masa g klcc ari tu. dah cari kat umah & dalam kereta tak jumpa jugak.

1 cerita yang baru ditonton 

mlm sabtu ari tu, tgk mega movie tv3 ‘the croniles of narnia: the lion, the witch and the wardrobe’ . bertuahla kalau dpt tgk tv kat umah, tu pun nasib baik adam dah tido. ammar pun layan cerita ni, pasal ada lion besar dan watak2 fantasi yg lain.

1 perkara yang baru digosipkan

 hal jiran kakak kat ofis ni yang kononnya telah memburuk2kan kakak ni kat kawan dia, pastu jiran ni plak dikatakan berminat lak kat laki kawan kakak ni.. eee. complicated jugak la gossip ni.

1 kata yang ingin diluahkan

semoga rezeki kami sekeluarga mendapat keberkatan Allah.

1 buku yang baru dibaca

majalah pa&ma keluran sept 2006 yg dah lama beli, baru dpt peluang nak baca.. 

1 penyakit yang sering datang

batuk, tak leh langsung nak mkn see food, mesti batuk. doktor kata alahan.

1 keinginan

anak2 yang soleh dan solehah. (harta yang tak ternilai)

aku kena tag org yer, saper je la kwn aku yg ada blog  selain dari apai dan along shaakira. so aku kena tag

  •  along shaakira (dah tak der org lain la)

 

 

happy birthday to my luv June 26, 2008

Filed under: my dear — uun1712 @ 9:02 am

actually semalam 25hb june 2008, harijadi hubby aku yang ke 33. tapi smlm tak sempat nak wish kat blog. wish kat mulut jer. tak de hadiah, nothing yang special nak bagi cuma ingatan tulus ikhlas di hari lahir (macam ayat dlm kad hari raya la pulak). yang penting nurul sentiasa sayang kat abang.. yer. ok malu la. 8)

 

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.