nurul network

the future belongs to those who believe in the beauty of their dreams – eleanor roosevelt

jom p klcc June 3, 2008

Filed under: anak-anakku — uun1712 @ 5:16 pm

Hai, bersua lagi kiter.. ni nak cerita pasal anak2. anak2 aku ni memang suka mandi, dah pernah mandi laut, mandi air terjun, kolam kecik kat umah pun ada. Kalau pegi KLCC tu tak sah lah kalau tak p mandi kolam besar kat situ. mula2 tuh memangla tak bawa diorang tu ke situ, just main2 kat kat play ground jer, tapi biasala naluri kiter yang seronok bila anak2 pun seronok, bawala ke tepi kolam tuh. apalagi budak2 tu terus suruh bukak baju nak mandi kolam.. nak ajak balik pun susah , kena berjanji, nanti dtg lagi. adala beberapa kali kitorang bawa anak p mandi kat situ. kalau dah lama tak p, adam mesti ajak, jomla kiter mandi kat kolam besar, kat klcc. macam2 alasan kitorang bagi kalau tak boleh p, kolam repairla, air kotorla dll. kalau dah takleh p sgt , dah kesian sgt kat anak2 tu, bukakla jelah kolam yang beli kat giant tu kat belakang umah.

1. adam sedang menunjukkan skill berenang 2. adam dan ammar saper sampai dulu. nampaknya ammar dah terminum air kolam tu sampai demam malam tu.

3.ammar tgh practice tekan tubi dlm air

4. nak buat apa lagi nih

 5. ammar dah letih, rehat jap la.

6. abis mandi kita naik kuda jap..

7. adam pun nak naik kuda jap

8. adam merajuk tak nak balik sampai baring2 kat lantai. si adik tu ikut aje apa abang dia buat.

 

sambal pecal March 29, 2008

Filed under: recepies — uun1712 @ 8:16 am

resepi ni adalah salah satu favorite kitorang adik-beradik. kali terakhir mak aku buat 6,7 bulan sebelum dia pergi. kali terakhir dia buat sambal ni dia sempat salinkan dalam buku dia. untuk pengetahuan masa mak aku muda lagi/sihat banyak jugala tempahan yang dia dpt utk sambal pecal ni  exspecially di musim raya selalunya utk open house termasuklah anak2 dia sendiri yg order. resepi ni juga mak aku ajar salah sorang besan dia dan sambal pecal ni dah jadi bisnes di tempat dia dah. alhamdulillah. walaupun resepi sambal pecal ni sama ngan org lain, aku rasa air tgn mak aku ni lagi sedap. ikut exactly pun tak dapat rasa yg sama. tiada rasa yg tersembunyi. resepi ni utk sekilo kacang tanah. byk jugakla. kalau nak cuba dulu. korang cut la jadi setengah kilo. boleh tahan beberapa bulan kalau simpan dalam peti ais.

bahan2:

kacang tanah (1 kilo)

bawang merah (300 gram)- belah dua/empat

bawang putih(1 1/2 labu)-belah kasar2

cili kering (70 gram)-lebih kurang RM1. nak pedas tambah lagi

ikan bilis/udang kering (sejemput)

gula (1 1/2 cawan)

garam (2 sudu penuh)

asam jawa (sebesar ibu jari kari)

cara2:

goreng semua bahan (kacang tanah, bawang, cili kering dan ikan bilis). selepas goreng suma bahan ni tadi bolehla di blender kering. gaul suma skali dalam besen besar bersama gula, garam dan asam jawa. kalau nak sedap guna tgn la tapi make sure bersih dan kering. kalau ikut resepi asal/dulu2 mak aku suka letak cekur. tapi dah duduk bdr ni diorang tak brp suka rase cekur tu. ikutla selera masing2 kalau nak blenderla cekur ckit gaul skali ngan bahan tadi. so jadi la sambal pecal yang kering. kalau nak makan sambal pecal ni bolehla dibancuh ngan air panas.

contoh sayur yang boleh mkn ngan sambal pecal:

sayur kangkung, kacang panjang, pucuk paku, pucuk ubi, taugeh, kacang botol (direbus)

selain tu boleh juga goreng tauhu dan hiris nipis.

kalau masuk kg, korang boleh jumpa org mkn sambal pecal ni ngan bihun dan nasi impit. taugeh yang diorang gunakan bukan macam taugeh yang kat kedai tu. taugeh yang buat sendiri.tu yang menambah selera tradisional tu. pastu balut daun pisang/ macam tapai. teringatla zaman kecik2 dulu ngan arwah nenek. 

selamat mencuba.

p/s: aku dah pernah buat skali sambal pecal ni masa raya haji thn lepas tapi tak brp menjadila sebab kacang aku hangit ckit, pastu cili kering pun hitam ckit. goreng lama sgt. arwah mak aku kata untuk 1st time bolehla. boleh diperbaiki, at least aku ada inisiatif utk mengekalkan resepi keluarga turun temurun ni.

 

Selepas sebulan lebih… March 17, 2008

Filed under: Uncategorized — uun1712 @ 3:41 pm

dah sebulan lebih aku tak jenguk blog ni kan. Ni la org melayu hangat-hangat taik ayam (akula tu). Sebenarnya aku bukan sajer tak nak update bolg ni. Ni ada beberapa reason yang aku rasa boleh explain why..

Pertama, internet kat ofis aku ni lembab semacam jer sebulan dua ni. Tapi la ni okay dah lepas tukar modem baru, kalau aku x silap, menurut apa yang diterangkan oleh IT punyer org(Ahmad Hazami, still single)-iklan percuma

Kedua, keje yang melambak2 kat ofis ni sape nak settlekan. Dah bulan 3 ni, audit pun tak siap lagi. salah saper, org2 yang tidak memberi kerjasama ker atau aku yang tak tegas. Tak boleh salahkan diorang. diorang pun byk keje lain. Aku pun banyak keje lain yang aku nak settlekan sementara diorang bagi apa yang aku nak tuh. Last2 sampai bulan 3pun tak siap lagi. Kat sini aku bukan buat audit jer, keje akaun, kewangan, byr gaji, jaga bank akaun, suma aku.. Bos dengar tak suma saya kena buat, nanti kalau org call ty payment saya jugak yang kena jawab. Saya tak mintak naik pangkat, naik gaji pun cukupla…Tapi aku rasa bersyukur sebab keje kat sini byk pengalaman yang aku dapat, dulu ternganga masa lecture dok explain sampai berbuih mulut. la ni banyak dah paham. byk keje aku kat sini related dengan apa yang aku belajar. Nothing can change with experiance. Tapi aku tak puas hati pasal aku rasa apa yang aku dapat tak setimpal dengan keje aku.

Ketiga , tak ada idea, kalau cakap bab politik yang tgh hangat sekarang ni. tak cukup satu hari ni. Takut kena gam plak kang. Aku bila kat ofis jadi pro BN, bila balik rumah kang jadi pro BA.  Dua2 masuk telinga, pilihan di tangan anda. korang agak2 aku undi siapa pada PRU yang lepas. Bagi aku no body perfect. Setiap org ada kelebihan dan kelemahan. Gunakanlah kelebihan di jalan yang betul dan perbaikila kelemahan utk kebaikan bersama. Yang penting kita kena ingat tak suma apa yang kita buat dapat memuaskan hati suma pihak. So nak tau aku undi saper,,.. korang fikirla sendiri….

Keempat, malas, tak der mood, tension kerja, tgk computer ni pun rasa nak termuntah.. (please..please motivate me…)

Kelima… tadi aku dah taip banyak,, aku tau macam mana boleh terdelete… tension kena taip lagi skali… dah la jarang2 dapat up date.. sabar…

Keenam… mak,..i miss u

Keenam…bos ada kat belakang.. ALamaK!…..

 

interview January 28, 2008

Filed under: Uncategorized — uun1712 @ 5:52 pm

Buat sekelian kalinya aku p interview, ntah bila nak sudah pun aku tak tau. susah tul nak enter gomen ni. Aku baru sudah ditemuduga di MAIWP. entahla aku pun tak tau nasib aku. untuk jawatan yang aku interview ni kosongnyer 2 aje. yang interview ramai. Sampai mak aku pergi aku tak dapat lagi keje gomen ni.  Aku harap nasib menyebelahi aku kali ni. Untuk mak.. Sebenarnya beberapa hari ni aku sedih bila teringat mak aku. Almaklum mak aku adalah antara org-org yang pertama aku bagitau bila aku dpt mana2 interview. Nak dapatkan doa mak. Tapi buat pertama kali aku tak dapat buat mcm tu. hy doa yang dapat aku kirim. Aku call kakak2 aku jer. Tapi diorang tak tau lepas cakap jer aku tak leh tahan air mata aku.. sedih … sori la kalau aku byk cerita bab kesedihan aku ni. tapi takleh la aku pusing mana pun mesti balik bab ni. tunggu la lama ckit baru reda balik. Orang nampak aku tenang jer, hati org tak tau.

 

Al-Fatihah untuk mak January 15, 2008

Filed under: Aku & kenangan — uun1712 @ 2:56 pm

Pada hari Rabu 9 January 2008 bersamaan 30 Zulhijah 1428, pukul 9.15mlm mak aku telah pergi buat selama-lamanya. Al- Fatihah….

Semoga roh mak dicucuri rahmat. Mak adalah mak yang terbaik di dunia. Setiap pengorbanan mak akan sentiasa nurul kenang sampai bila2. Setiap kata2 mak akan Nurul pegang dan ingat buat pedoman untuk nurul di masa2 yang mendatang. Maal hijrah (1 Muharram 1249) betul2 hari hijrah utk mak ke alam Baqa’. Nurul redha dengan ketentuan Tuhan tetapi kadang2 Nurul tak dapat nak tahan air mata ni dari terus keluar bila teringatkan mak. Nurul sayang mak sgt2.

my mom

Yahmi binti Subki
1939-2008
 

gambar raya haji January 8, 2008

Filed under: anak-anakku — uun1712 @ 3:37 pm

raya haji

ngan ayah

ngan ummi

gambar ni masa raya haji tahun lepas (2007). Gagal la misi raya hari tu nak p solat raya. InsyaAllah pjg umur, tahun depan dapat p. Ye la pasal pagi raya tu baru sibuk masak. Hari sebelum tu masih p keje. petang baru balik. abg pun camtu. Dah petang baru nak beli barang. suma dah abis, dapat beli daging dan sayur2 ckit utk buat pecal. Ayam pencen adala tapi tak lalu aku nak masak ayam pencen. Malam tu kwn abg aku call tempat dia ada ayam. so dapat  2 ekor. dah tgh malam aku dah malas nak masak, rebus ketupat jer(anyam ketupat kat ofis ngan kak ummi, dptla sorang 45 biji) ngan buat preparation utk masak esoknyer. Aku rebus pun dah pukul 9.00 mlm. pinjam cik mah periuk besar, rebus bubuh air penuh2. tak payah top up air dah. kul 2.00 aku kunci jam bangun tutup api dan toskan ketupat tu. Ketupat tradisional memang masak lama ckit dm 3-5 jam. Saja jer pasal dah lama teringin nak buat dan makan ketupat dari daun kelapa ni. pagi tuh aku bangun awal ckit rebus sayur utk pecal dan masak soto, ngan abg syg aku skali aku minta tlg siat ayam, tumbuk kentang nak buat begedil, kopek bawang , tumbuk cili nak buat sambal kicap. Bak kata org kejayaan aku siap suma masakan di pagi raya tu, di belakang nyer ada sorang lelaki yang dinamakan suami. bertuah aku dpt husband yg rajin mcm ni.. yela yang tukang makan pun dia. So atas alasan itu aku tak dpt nak p solat raya. Abang aku je p sorang. Dia balik raya aku dah siapkan anak2, bungkus suma yang aku masak tadi kitorang beraya umah kak long aku kat jalan duta. Pasal mak aku ada kat situ. Gambar tuh di amik kat rumah sebelum kitorang berangkat ke rumah kak long.

 

uuu.. yeh.. January 4, 2008

Filed under: anak-anakku — uun1712 @ 11:47 am

uu yehhlagu apa tu Uu yehh … Ammar dengar lagu apa tu. beriya je ummi tengok. tak berat ker ear phone tuh. lagi besar dari kelapa Ammar. Kalau bab menari bagi jer kat budak nih..

 

picnic time January 4, 2008

Filed under: anak-anakku — uun1712 @ 11:39 am

swimmingdah sejuk tuswim kat atas lantaitak abis lagiberdua lebih baikbancuh sabunAmmarLokasi : depan rumah

Masa : lebih kurang 9 – 10 pagi, bulan November 2007

Tetamu jemputan: Haziq (ex-neighbour)

Seronok tengok bebudak ni main air. tapi kena awasi diorang ni. Bebudak bila dah dapat air tak ingat dunia. Adam tu puas jugak ajak masuk rumah. Yang si adik plak kalau dah sejuk sgt baru nak berhenti main air.

 

raya haji December 18, 2007

Filed under: Uncategorized — uun1712 @ 11:41 am

diam tak diam dah nak raya korban dah lusa ni. tapi aku tak amik cuti pun. mana ada cuti dah abis dah nasib baik ada sorang kakak ni pun tak cuti ada la teman utk ari Rabu dan jumaat ni. Turn raya haji kali ni kat KL jer so tak perlula nak advance cuti. Baby sitter anak aku pun okay jer. So aku plan nak rebus ketupat je malam raya tu ngan buat laksa (order by my nephew) dan kalau sempat buat rendang ckit. Pagi2 lepas solat raya p umah kak long kat jalan duta pasal mak aku  ada kat sana tapi tak sihat sgt.  Aku akan beraya kat mana mak aku ada. Part aku rebus ketupat. dia punya kuah lontong dan kuah kacang kak long aku yang buat.

Raya haji kali ni aku berazam nak p solat raya kat masjid umah aku. Pasal sejak ada anak kecil ni dah bertahun rasanya aku tak dapat buat solat raya. Adam pun dah besar, Ammar kecil lagi but I think I can handle it. Nanti Adam jaga adik yer. (ye la tu..) So aku kene siapkan lelaki2 kat umah aku tu awal2 lagi supaya aku tak ketinggalan. I hope I can.. uun boleh!!

 

Lama tak jumpa December 18, 2007

Filed under: Uncategorized — uun1712 @ 11:16 am

hi,  rasanya dah lama jugak aku tak update blog aku ni. dah berhabuk rupanyer.. Bukan aper, sibuk ckit start dari lepas raya ari tu. Pastu baru start wat friendster, tu yang tertumpu kat sana kejap. Kerja plak bila tgh banyak, banyak sgt sampai tak leh nak toleh belakang langsung. sakit gak belakang aku ni.. bila dapat bersandar ckit lega rasanya.. Dah banyak keje ni hope next year dptla naik gaji banyak ckit.. takkan bos je yang kaya, staff dia yang setia ni jgn lupa plak. Teringat aku smlm masa pegi pesuruh jaya sumpah. boleh tahan jugak ramah Mejar(B) Haider. Dia ceritala pengalaman dia masa keje under TNB (kontrak) gaji RM7,000 tapi keje senang jer (tak byk keje), pastu keje Petronas (kontrak juga) gaji ckit tapi keje banyak.. Pastu la ni dia bukak Pesuruh jaya sumpah keje lagi senang katanya. cop sign dapat duit.. duit masuk boleh thn la… So aku buat rumusan keje skrg ni banyak keje gaji ckit, tak byk keje (keje senang) gaji banyak.. Boleh ke camtu