nurul network

the future belongs to those who believe in the beauty of their dreams – eleanor roosevelt

sambal pecal March 29, 2008

Filed under: recepies — uun1712 @ 8:16 am

resepi ni adalah salah satu favorite kitorang adik-beradik. kali terakhir mak aku buat 6,7 bulan sebelum dia pergi. kali terakhir dia buat sambal ni dia sempat salinkan dalam buku dia. untuk pengetahuan masa mak aku muda lagi/sihat banyak jugala tempahan yang dia dpt utk sambal pecal ni  exspecially di musim raya selalunya utk open house termasuklah anak2 dia sendiri yg order. resepi ni juga mak aku ajar salah sorang besan dia dan sambal pecal ni dah jadi bisnes di tempat dia dah. alhamdulillah. walaupun resepi sambal pecal ni sama ngan org lain, aku rasa air tgn mak aku ni lagi sedap. ikut exactly pun tak dapat rasa yg sama. tiada rasa yg tersembunyi. resepi ni utk sekilo kacang tanah. byk jugakla. kalau nak cuba dulu. korang cut la jadi setengah kilo. boleh tahan beberapa bulan kalau simpan dalam peti ais.

bahan2:

kacang tanah (1 kilo)

bawang merah (300 gram)- belah dua/empat

bawang putih(1 1/2 labu)-belah kasar2

cili kering (70 gram)-lebih kurang RM1. nak pedas tambah lagi

ikan bilis/udang kering (sejemput)

gula (1 1/2 cawan)

garam (2 sudu penuh)

asam jawa (sebesar ibu jari kari)

cara2:

goreng semua bahan (kacang tanah, bawang, cili kering dan ikan bilis). selepas goreng suma bahan ni tadi bolehla di blender kering. gaul suma skali dalam besen besar bersama gula, garam dan asam jawa. kalau nak sedap guna tgn la tapi make sure bersih dan kering. kalau ikut resepi asal/dulu2 mak aku suka letak cekur. tapi dah duduk bdr ni diorang tak brp suka rase cekur tu. ikutla selera masing2 kalau nak blenderla cekur ckit gaul skali ngan bahan tadi. so jadi la sambal pecal yang kering. kalau nak makan sambal pecal ni bolehla dibancuh ngan air panas.

contoh sayur yang boleh mkn ngan sambal pecal:

sayur kangkung, kacang panjang, pucuk paku, pucuk ubi, taugeh, kacang botol (direbus)

selain tu boleh juga goreng tauhu dan hiris nipis.

kalau masuk kg, korang boleh jumpa org mkn sambal pecal ni ngan bihun dan nasi impit. taugeh yang diorang gunakan bukan macam taugeh yang kat kedai tu. taugeh yang buat sendiri.tu yang menambah selera tradisional tu. pastu balut daun pisang/ macam tapai. teringatla zaman kecik2 dulu ngan arwah nenek. 

selamat mencuba.

p/s: aku dah pernah buat skali sambal pecal ni masa raya haji thn lepas tapi tak brp menjadila sebab kacang aku hangit ckit, pastu cili kering pun hitam ckit. goreng lama sgt. arwah mak aku kata untuk 1st time bolehla. boleh diperbaiki, at least aku ada inisiatif utk mengekalkan resepi keluarga turun temurun ni.

 

Soto October 26, 2007

Filed under: recepies — uun1712 @ 4:03 pm

resepi ni dedicate for my special friend Ina K.K yang minta resepi ni pasal nak masak kat suami tercinta.( yang dah lama tak call kiter tapi tetiba jer hantar sms minta resepi). . First of all sediakan bhn2 dia dulu

bahan untuk kuah:

bawang merah & bawang putih, serai, halia, lengkuas

kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga

minyak utk menumis

stok ayam(air rebusan ayam)

garam

daun sup

cara2: tumis bahan2 rempah sampai naik bau, baru masukkan bawang,serai, halia, lengkuas dan serai(tumbuk). Kalau nak sedap lepas tumis tu campurkan ckit santan(sikitje pasal nak bagi pekat jer bukan sebagai kuah). bila suma dah naik wangi masukkan stok ayam tadi. tunggu mendidih letak garam secukup rasa. dah masak taburkan daun sup.

bahan2 utk begedil

ubi kentang 4 biji

daging lembu @ ayam (ambil ckit dari stok ayam tadi)

daun sup-dihiris halus

bawang merah- 4 ulas

bawang putih-1 ulas

garam

serbuk lada hitam

cara2; ubi kentang dihiris nipis dan digoreng. Angkat dan ketepikan. Goreng pula bawang2 yang dihiris nipis sehingga garing.

tumbuk dalam lesung ubi kentang tadi dan ayam(@ daging). Bila dah lumat campurkan ayam dan ubi kentang dengan bawang yang digoreng garing, daun sup, serbuk lada hitam dan garam. gaulkan hingga sebati dan bentukkan bulat2 ikut besar yang kiter suka. Celupkan dengan telur yang dipukul dan goreng dalam minyak panas. bila dah masak angkat. makan skali dengan sup soto tadi.

Sambal kicap;

tumbuk cabai dan bawang putih ckit. perah asam limau campur kicap(manis @ masin-ikut suka).

cara hidang;

masukkan nasi impit, ayam (rebus & goreng) yang disiat halus, soon yang digoreng, kacang tanah, taugeh, begedil & bawang goreng dalam satu mangkuk dan tuangkan kuah panas2.Jangan lupa masukkan sambal kicap.

p/s; dah tulis resepi ni macam kena buat nih. raya ni belum dapat lagi makan soto.

 

Laksa Johor September 25, 2007

Filed under: recepies — uun1712 @ 9:39 am

Tumis minyak, masukkan bawang merah, bwg putih yang dikisar. tunggu hingga wangi masukkan rempah kari ikan dan cili kering yang dikisar. Tunggu hingga pecah minyak masukkan ikan yang diblender dan santan. masukkan bunga kantan, daun kesom dan asam keping. masukkan garam secukup rasa.

Untuk hidangan campurkan spagethi dengan hirisan timun, daun kesom, bunga kantan, tauge dan telur rebus. Jangan lupa sambal belacan bagi yang suka pedas.

p/s: ni menu aku berbuka pada 11 Ramadhan.

p/s: Thanks Yani, bagi aku resepi ni. Laksa Johor ni dah jadi kegemaran famili aku (anak2 aku yang kecik tu pun suka makan laksa johor ni.)

 

Spagheti goreng September 12, 2007

Filed under: recepies — uun1712 @ 11:54 am

Resepi ni tercipta bila aku tgk lebih spageti yang aku buat ari tu tak terusik lama. So aku try la buat spagheti goreng. bawa plak kat ofis, ada yang tukang makan, siap buat cadangan raya nanti buat spagheti goreng jer..  sedapla tu, Maya kawan aku pun try buat kat umah, kena puji sedap.. Asalnya aku main campak2 jer bhn2 dia ni. Tgk apa yang ada dlm peti ais.

spagheti(1/2 bungkus),bawang merah, bawang putih, daging cincang, rempah kari, cili blander,sos tiram, sos tomato,sos cili, sayur campur, minyak,garam,gula.

mula2 rebus spagethi. Bila dah masak toskan, gaul dengan minyak zaitun(olive oil) satu sudu untuk jadikan spagethi tu cantik, tidak melekat dan tidak keras bila dah sejuk.

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang. Bila dah agak wangi masukkan cili blender. bila dah pecah minyak masukkan daging cincang dan rempah kari. Bila daging dah agak empuk bolehla masukkan sos tiram, sos tomato & cili, sayur campur, garam &gula. Sos tomato lebih dari sos cili sbb selalu masak spagethi bhn asas dia ialah tomatokan(so spagehti tak boleh dipisahkan dgn tomato). So bila dan serasi, buat macam tumis mee, masukkanla spagheti yang ditoskan tadi. Gaul hingga sebati. Angkat dan hidangkan.

 

kuih kasuwi September 10, 2007

Filed under: recepies — uun1712 @ 10:43 am

2 cawan tepung gandum

1 cawan tepung ubi

1 cawan gula merah yang dididihkan(cair)

1/2  cawan gula putih-dimasukkan skali masa nak didihkan air gula merah tadi

kapur sebesar ibu jari.

cara2. bancuhkan semua bahan2 tadi dengan air. nak tgk sukatan air guna jari atau lidi. bila dah bancuh dan sebati try celupkan lidi ke atau ape2la ,kalau bancuhan tadi tidak terlalu melekat atau meleleh dengan baik dah elokla tuh. memang bancuhan dia cair. Kukus lebih kurang 1/2 jam. bila dah angkat bolehlah disejukkan. potong  kecik2 dan golekkan kat kelapa yang diparut.

Buat kuih ni nampak jer mudah tapi kalau slect ckit. tak jadi rasa dia. keras la, kurang kapurla, lembik sgt la plak. Aku pun beberapa kali try baru jadi perfect macam mak aku buat.

Tips: kalau boleh bila dah bancuh sebati tadi, cuba rasa ckit kat lidah, kalau ada rasa kapur baru jadi rasa dia. (mak aku cakap). 

 

laksa September 7, 2007

Filed under: recepies — uun1712 @ 1:48 am

semalam malas nak makan nasi, sebab siang dah makan nasi. so tgk dlm peti ais ada ikan kembung dlm 10 ekor. telefon my abg suruh singgah kedai beli daun kesom dan bg kantan. mlm ni kiter mkn laksa. nasib baik my abg ni tak kisah kalau tak dpt nasi. memang favorite dia laksa pun. Aku belajar buat laksa ni masa dok kat umah sewa (time study kat Uitm Arau). Aku belajar ngan Shidah (kalau tgk tak sangka perempuan ni pandai masak). So kat situlah aku mula berjinak2 masak. Dah jadi hobi dah masak ni.

Laksa aku simple guna ikan kembung, bawang merah & putih(lagi byk lagi sedap), cili kering di rebus& kisar. Asam keping, daun kesom dan bunga kantan jangan luper

Mula2 rebus ikan kembong. perasing tulang dan isi. simpan air rebusan. Renihkan air rebusan tadi masukkan isi ikan yang diblender, bawang yang diblender dan cili blender tadi.Masukkan garam, asam keping, bunga kantan dan daun kesom.  Aku punya laksa tak taruh belacan pasal my abg resdung. so aku ganti ngan perasa makanan (aku selalu guna perencah hilal). sambil2 masak tu,  laksa bolehla direbus.

Untuk hidangan hiris bawang, timun, daun salad dan telur. perah asam limau kalau suka.

 

ikan keli masak pecal September 6, 2007

Filed under: recepies — uun1712 @ 8:44 am

actually aku masak resepi ni masa org kg abg aku dtg kat umah. Asalnya ikut resepi mak ikan pari(dibakar) tapi mak kata ikan keli pun bole. aku pun pernah rasa makan lauk ni guna ikan keli masa kat kg.. not bad. Alhamdulillah sedap depa puji chek punya resepi. dah tu cerita la plak kat org kg.. kenala pulak masak, sekali 7 kilo ikan keli depa suruh masak. tryla sedap.jawa mari.

bahan2:

ikan keli digoreng garing(ikut sukala berapa ekor)

cili besar, cili api (ikut saper yg suka pedas taruk byk)

bawang merah 2 biji

cekur 1/2 inci

belacan bakar

santan pekat

cara2 membuat:

mula2 tmbuk cili, bawang, belacan, cekur. Pastu didihkan santan dlm periuk dan masukkan bahan2 yg ditumbuk tadi dan garam. bila dah mendidih masukkan ikan keli goreng tadi.

 simple je resepi ni.