happy birthday ammar June 11, 2008
kek bday ammar. ultraman tu yang special. almaklum ammar ni peminat ultraman
“happy birthday to u, happy birthday to u, happy birthday to ammar, happy birthday to u”..teruja betul ammar bila org suma nyanyi ‘happy birthday to you’, kakak kat sebelah tolong tiup lilin skali.
happy birthday ammar yang ke-2 ( 6/6/2008 ) from ummi.
abg adam ari tu tak de pasal ikut along shaakira p jln2 umah sedara, birthday kek ni pun beli tumpang umah pengasuh dia, kebetulan ari sabtu ( 7/6/2008 ) mak (pengasuh) dia buat kenduri kekah cucu sulung, baby najwa. ada ramai org seronok ckit nak potong kek. kalau nak buat kat umah pjg cerita dia lagi. ala saja sronok2.
sayang ammar..
jom p klcc June 3, 2008
Hai, bersua lagi kiter.. ni nak cerita pasal anak2. anak2 aku ni memang suka mandi, dah pernah mandi laut, mandi air terjun, kolam kecik kat umah pun ada. Kalau pegi KLCC tu tak sah lah kalau tak p mandi kolam besar kat situ. mula2 tuh memangla tak bawa diorang tu ke situ, just main2 kat kat play ground jer, tapi biasala naluri kiter yang seronok bila anak2 pun seronok, bawala ke tepi kolam tuh. apalagi budak2 tu terus suruh bukak baju nak mandi kolam.. nak ajak balik pun susah , kena berjanji, nanti dtg lagi. adala beberapa kali kitorang bawa anak p mandi kat situ. kalau dah lama tak p, adam mesti ajak, jomla kiter mandi kat kolam besar, kat klcc. macam2 alasan kitorang bagi kalau tak boleh p, kolam repairla, air kotorla dll. kalau dah takleh p sgt , dah kesian sgt kat anak2 tu, bukakla jelah kolam yang beli kat giant tu kat belakang umah.
1. adam sedang menunjukkan skill berenang
2. adam dan ammar saper sampai dulu. nampaknya ammar dah terminum air kolam tu sampai demam malam tu.
3.ammar tgh practice tekan tubi dlm air
5. ammar dah letih, rehat jap la.
6. abis mandi kita naik kuda jap..
8. adam merajuk tak nak balik sampai baring2 kat lantai. si adik tu ikut aje apa abang dia buat.
gambar raya haji January 8, 2008


gambar ni masa raya haji tahun lepas (2007). Gagal la misi raya hari tu nak p solat raya. InsyaAllah pjg umur, tahun depan dapat p. Ye la pasal pagi raya tu baru sibuk masak. Hari sebelum tu masih p keje. petang baru balik. abg pun camtu. Dah petang baru nak beli barang. suma dah abis, dapat beli daging dan sayur2 ckit utk buat pecal. Ayam pencen adala tapi tak lalu aku nak masak ayam pencen. Malam tu kwn abg aku call tempat dia ada ayam. so dapat 2 ekor. dah tgh malam aku dah malas nak masak, rebus ketupat jer(anyam ketupat kat ofis ngan kak ummi, dptla sorang 45 biji) ngan buat preparation utk masak esoknyer. Aku rebus pun dah pukul 9.00 mlm. pinjam cik mah periuk besar, rebus bubuh air penuh2. tak payah top up air dah. kul 2.00 aku kunci jam bangun tutup api dan toskan ketupat tu. Ketupat tradisional memang masak lama ckit dm 3-5 jam. Saja jer pasal dah lama teringin nak buat dan makan ketupat dari daun kelapa ni. pagi tuh aku bangun awal ckit rebus sayur utk pecal dan masak soto, ngan abg syg aku skali aku minta tlg siat ayam, tumbuk kentang nak buat begedil, kopek bawang , tumbuk cili nak buat sambal kicap. Bak kata org kejayaan aku siap suma masakan di pagi raya tu, di belakang nyer ada sorang lelaki yang dinamakan suami. bertuah aku dpt husband yg rajin mcm ni.. yela yang tukang makan pun dia. So atas alasan itu aku tak dpt nak p solat raya. Abang aku je p sorang. Dia balik raya aku dah siapkan anak2, bungkus suma yang aku masak tadi kitorang beraya umah kak long aku kat jalan duta. Pasal mak aku ada kat situ. Gambar tuh di amik kat rumah sebelum kitorang berangkat ke rumah kak long.
picnic time January 4, 2008
Masa : lebih kurang 9 – 10 pagi, bulan November 2007
Tetamu jemputan: Haziq (ex-neighbour)
Seronok tengok bebudak ni main air. tapi kena awasi diorang ni. Bebudak bila dah dapat air tak ingat dunia. Adam tu puas jugak ajak masuk rumah. Yang si adik plak kalau dah sejuk sgt baru nak berhenti main air.
Ammar 2 September 17, 2007
![]()
Hari ni aku bawa Ammar g hospital utk follow up kes dia yg masuk wad pada 25/06/07 – 30/06/07 (jangkitan kuman pada paru2). Kesian kalau tgk Ammar kena amik darah. bukan ckit plak tu. Actually darah ni utk test kandungan zat besi Ammar sbb 2 minggu lepas aku g hospital utk follow-up kes ni, doktor memberi tahu anak aku ni kurang zat besi. So dlm tempuh 2 minggu slps diberi ubat Ammar akan diambik darah skali lagi utk test zat besi. Tak sampai hati bila tgk anak kiter menangis masa diambil darah, tapi demi kesihatan dia kiter terpaksa. Result darah akan diketahui 1 minggu lagi. Semoga anak ummi ni sihat sentiasa dan result nanti ok serta tiada yg membimbangkan.
penat jadi ibu September 10, 2007
inilah anak2 aku. memang menuntut kesabaran betul. asalnyer baju2 tu suma aku keluarkan dari laci cabinet pasal nak asingkan yang maner boleh pakai dan yang tak boleh pakai boleh bungkus simpan atas almari. Adam ni tgk jer aku buat. so bila dah siap kemas tak sempat nak bungkus. dia twarkan diri nak tolong ummi kemas. macam tula jadinyer. habis suma yang dah dlm laci dia kuarkan balik. Adik pun joint la Abang Adam dia buat. pastu Adam cakap “adik Ammar buat sepah2″. Tak kuasa nak bising aku pun biarkanla diorang dgn aktiviti & kreativiti diorang. Aku kemas balik bila diorang dah tido.












