nurul network

the future belongs to those who believe in the beauty of their dreams – eleanor roosevelt

happy birthday to my luv June 26, 2008

Filed under: my dear — uun1712 @ 9:02 am

actually semalam 25hb june 2008, harijadi hubby aku yang ke 33. tapi smlm tak sempat nak wish kat blog. wish kat mulut jer. tak de hadiah, nothing yang special nak bagi cuma ingatan tulus ikhlas di hari lahir (macam ayat dlm kad hari raya la pulak). yang penting nurul sentiasa sayang kat abang.. yer. ok malu la. 8)

 

 

happy birthday ammar June 11, 2008

Filed under: anak-anakku — uun1712 @ 11:23 am

  

kek bday ammar. ultraman tu yang special. almaklum ammar ni peminat ultraman

                

“happy birthday to u, happy birthday to u, happy birthday to ammar, happy birthday to u”..teruja betul ammar bila org suma nyanyi ‘happy birthday to you’, kakak kat sebelah tolong tiup lilin skali.

happy birthday ammar yang ke-2 ( 6/6/2008 ) from ummi.

abg adam ari tu tak de pasal ikut along shaakira p jln2 umah sedara, birthday kek ni pun beli tumpang umah pengasuh dia, kebetulan ari sabtu ( 7/6/2008 ) mak (pengasuh) dia buat kenduri kekah cucu sulung, baby najwa. ada ramai org seronok ckit nak potong kek. kalau nak buat kat umah pjg cerita dia lagi. ala saja sronok2.

sayang ammar.. 8)

 

rombongan ke jitra June 11, 2008

Filed under: Aku & kenangan — uun1712 @ 11:17 am

salam. lepas seminggu kenduri kawin abg aku selesai,  kak ngah aku yang dok kat jitra buat kenduri kawin anak dia (along shaakira) plak. nasib baik ammar dah baik demam (lepas kenduri kat sentul, ammar demam), baru boleh g ngan aman. kitorang ke sana sewa bas sekolah sponsor by org jitra. ada gak yang naik kereta. penuhla satu bas tu, ajak sekali kawan2 mak yang kat sentul dlm 8 org. yang selebihnya adik beradik kitorang, anak2 aku nampak je bas sekolah tu dtg dah nyanyi geng-geng bas sekolah. kiranya jadi geng bas sekolah la tu. kitorang bertolak dari sentul hari jumaat (30 mei) kul 9.00 pagi sampai jitra kul 5.00 ptg. lambat bas tu, biasalah bas sekolah, kejap-kejap berhenti adalah dalam 6 kali berhenti. takpela janji selamat sampai. kat sana sampai terus mkn. kakak aku sewakan rumah kedai 2 tingkat dan dan sebuah rumah utk bermalam. tapi aku & family tak tido kat situ, pasal aku ada kakak ipar yg dok kat area jitra tu jugak. so mlm aku pinjam kereta tido kat umah kakak ipar aku tu, selesa ckit sebab ada anak2 kecik lagi ni. uhh adam dah jumpa sepupu dia dah tak ingat kat ummi, ayah ngan adik dia, main jer. adam ni memang pandai berkawan, kawan ngan org yang tua dr dia. cuma ammar ni, main2 jugak, bila dah letih ke ngantuk ker memang cari ummi dia. bertolak balik dari jitra ari sabtu lepas kenduri terus balik. lebih kurang kul 5.30 ptg sampai sentul kul 2.00 pagi. uhh letih sungguh.

ada yang masuk beg je ni kang. inilah ammar aku sibuk2 kemas beg dia yang masuk beg

 

 

 

 

 

masa nak bertolak. seronok betul dia. adam ngan ayah, ammar ngan ummi. gambar adam takdela. susah tul nak amik gambr adam.

masa kat perhentian gurun utk singgah solat, aku amik kesempatan mandikan ammar, seronok tgk dia mandi. yela ngan panas(berpeluh2) kat atas bas, kita kalau ada peluang mandi pun mesti mandi punyer.

on the way nak balik kl. adam memang ngan abg2 sepupu dia je la. ammar tu join skali. perasan tak rambut ammar tu dah jadi pacak, tu suma keja abg2 sepupu dia la tu. shuut.. ammar nak baca buku.

gambar kawin along shaakira tak dapat lagila, dah sibuk2 sgt tak terambil gambar, tgh tunggu dari dia la ni. nanti kalau dpt aku update la.

 

selamat pengantin baru June 9, 2008

Filed under: Aku & kenangan — uun1712 @ 5:24 pm

selamat pengantin baru for my brother abdul rahim ishak on 25 may 2008.

actually abg aku ni nikah pada 23 may 08, kenduri belah pompuan 24 may 08. dan kenduri kat sentul pada 25 may 08. bayangkanlah sibuk tak sibuk. takdela sibuk sgt, pada hari kenduri tu aje yang sibuk banyak..

actually kenduri kali ni tanpa arwah mak & abah. so suma perjalanan majlis ni adik-beradik aku yang buat. so kat sini aku bersyukur sgt2 pasal dapat ahli keluarga yang sentiasa memberi kerjasama, bertangungjawab terhadap tugasan yang diberi. memang kitorang selalu buat meeting start dari arwah abah meninggal sampai saat ni. tambah plak mak dah takde skrg ni, suma keputusan hasil perbincangan bersama. alhamdulillah.. paling sibuk aku tgk kaklong aku, yela nak sulung, macam pengganti mak jer. dah la sedih la nak cerita pasal ni.

pasal kenduri tu, alhamdulillah akhirnya abg aku sampai juga jodoh dia pada usia 31 thn. aku dapat kakak ipar muda setahun dari aku. nama dia norita bt. abd rahman. semoga jodohnya berkekalan sampai akhir hayat serta dikurniakan anak-anak yang soleh & solehah. amin..

 saat-saat dinikahkan oleh en abdul rahman (bapa mertua). dengan sekali lafaz sah abg aku bergelar suami org

 barang hantaran dari pihak lelaki

di atas pelamin. ni gambar handphone je ni. tak muat satu family janji ada gambar aku & anak2 cukupla. buat kenangan

kenduri kat sentul. kitorang ada uniform. lelaki baju batik mcm hubby aku pakai. perempuan baju macam aku pakai. budak2 kecik macam yang adam pakai masa nak minum air tu. bila time gambar family aku ngan pengantin, anak2 aku dah salin baju pasal dah petang, adam punyer baju dah basah pasal dia tolong org basuh pinggan. rajin anak aku sorang ni.

 

jom p klcc June 3, 2008

Filed under: anak-anakku — uun1712 @ 5:16 pm

Hai, bersua lagi kiter.. ni nak cerita pasal anak2. anak2 aku ni memang suka mandi, dah pernah mandi laut, mandi air terjun, kolam kecik kat umah pun ada. Kalau pegi KLCC tu tak sah lah kalau tak p mandi kolam besar kat situ. mula2 tuh memangla tak bawa diorang tu ke situ, just main2 kat kat play ground jer, tapi biasala naluri kiter yang seronok bila anak2 pun seronok, bawala ke tepi kolam tuh. apalagi budak2 tu terus suruh bukak baju nak mandi kolam.. nak ajak balik pun susah , kena berjanji, nanti dtg lagi. adala beberapa kali kitorang bawa anak p mandi kat situ. kalau dah lama tak p, adam mesti ajak, jomla kiter mandi kat kolam besar, kat klcc. macam2 alasan kitorang bagi kalau tak boleh p, kolam repairla, air kotorla dll. kalau dah takleh p sgt , dah kesian sgt kat anak2 tu, bukakla jelah kolam yang beli kat giant tu kat belakang umah.

1. adam sedang menunjukkan skill berenang 2. adam dan ammar saper sampai dulu. nampaknya ammar dah terminum air kolam tu sampai demam malam tu.

3.ammar tgh practice tekan tubi dlm air

4. nak buat apa lagi nih

 5. ammar dah letih, rehat jap la.

6. abis mandi kita naik kuda jap..

7. adam pun nak naik kuda jap

8. adam merajuk tak nak balik sampai baring2 kat lantai. si adik tu ikut aje apa abang dia buat.