nurul network

the future belongs to those who believe in the beauty of their dreams – eleanor roosevelt

sambal pecal March 29, 2008

Filed under: recepies — uun1712 @ 8:16 am

resepi ni adalah salah satu favorite kitorang adik-beradik. kali terakhir mak aku buat 6,7 bulan sebelum dia pergi. kali terakhir dia buat sambal ni dia sempat salinkan dalam buku dia. untuk pengetahuan masa mak aku muda lagi/sihat banyak jugala tempahan yang dia dpt utk sambal pecal ni  exspecially di musim raya selalunya utk open house termasuklah anak2 dia sendiri yg order. resepi ni juga mak aku ajar salah sorang besan dia dan sambal pecal ni dah jadi bisnes di tempat dia dah. alhamdulillah. walaupun resepi sambal pecal ni sama ngan org lain, aku rasa air tgn mak aku ni lagi sedap. ikut exactly pun tak dapat rasa yg sama. tiada rasa yg tersembunyi. resepi ni utk sekilo kacang tanah. byk jugakla. kalau nak cuba dulu. korang cut la jadi setengah kilo. boleh tahan beberapa bulan kalau simpan dalam peti ais.

bahan2:

kacang tanah (1 kilo)

bawang merah (300 gram)- belah dua/empat

bawang putih(1 1/2 labu)-belah kasar2

cili kering (70 gram)-lebih kurang RM1. nak pedas tambah lagi

ikan bilis/udang kering (sejemput)

gula (1 1/2 cawan)

garam (2 sudu penuh)

asam jawa (sebesar ibu jari kari)

cara2:

goreng semua bahan (kacang tanah, bawang, cili kering dan ikan bilis). selepas goreng suma bahan ni tadi bolehla di blender kering. gaul suma skali dalam besen besar bersama gula, garam dan asam jawa. kalau nak sedap guna tgn la tapi make sure bersih dan kering. kalau ikut resepi asal/dulu2 mak aku suka letak cekur. tapi dah duduk bdr ni diorang tak brp suka rase cekur tu. ikutla selera masing2 kalau nak blenderla cekur ckit gaul skali ngan bahan tadi. so jadi la sambal pecal yang kering. kalau nak makan sambal pecal ni bolehla dibancuh ngan air panas.

contoh sayur yang boleh mkn ngan sambal pecal:

sayur kangkung, kacang panjang, pucuk paku, pucuk ubi, taugeh, kacang botol (direbus)

selain tu boleh juga goreng tauhu dan hiris nipis.

kalau masuk kg, korang boleh jumpa org mkn sambal pecal ni ngan bihun dan nasi impit. taugeh yang diorang gunakan bukan macam taugeh yang kat kedai tu. taugeh yang buat sendiri.tu yang menambah selera tradisional tu. pastu balut daun pisang/ macam tapai. teringatla zaman kecik2 dulu ngan arwah nenek. 

selamat mencuba.

p/s: aku dah pernah buat skali sambal pecal ni masa raya haji thn lepas tapi tak brp menjadila sebab kacang aku hangit ckit, pastu cili kering pun hitam ckit. goreng lama sgt. arwah mak aku kata untuk 1st time bolehla. boleh diperbaiki, at least aku ada inisiatif utk mengekalkan resepi keluarga turun temurun ni.

 

3 Responses to “sambal pecal”

  1. mamawafiy Says:

    aha..tengkiu 4 da recipe nurul..memang aku nak sgt bljr tapi apakan daya mak mertua aku dah meninggal dunia sebelum sempat aku belajar apa2 masakan jawa daripada dia…sdih kan..aku akan cuba hari juga hehehe…

  2. nurul Says:

    apai, kalau dah try bagitaula jadi ke tak. amik gambar tunjuk la. he.. he.. apai dah jadi jawa

  3. mamawafiy Says:

    ok..bley je..hahahaa…jawa is cool bebe..


Leave a Reply