nurul network

the future belongs to those who believe in the beauty of their dreams – eleanor roosevelt

Selepas sebulan lebih… March 17, 2008

Filed under: Uncategorized — uun1712 @ 3:41 pm

dah sebulan lebih aku tak jenguk blog ni kan. Ni la org melayu hangat-hangat taik ayam (akula tu). Sebenarnya aku bukan sajer tak nak update bolg ni. Ni ada beberapa reason yang aku rasa boleh explain why..

Pertama, internet kat ofis aku ni lembab semacam jer sebulan dua ni. Tapi la ni okay dah lepas tukar modem baru, kalau aku x silap, menurut apa yang diterangkan oleh IT punyer org(Ahmad Hazami, still single)-iklan percuma

Kedua, keje yang melambak2 kat ofis ni sape nak settlekan. Dah bulan 3 ni, audit pun tak siap lagi. salah saper, org2 yang tidak memberi kerjasama ker atau aku yang tak tegas. Tak boleh salahkan diorang. diorang pun byk keje lain. Aku pun banyak keje lain yang aku nak settlekan sementara diorang bagi apa yang aku nak tuh. Last2 sampai bulan 3pun tak siap lagi. Kat sini aku bukan buat audit jer, keje akaun, kewangan, byr gaji, jaga bank akaun, suma aku.. Bos dengar tak suma saya kena buat, nanti kalau org call ty payment saya jugak yang kena jawab. Saya tak mintak naik pangkat, naik gaji pun cukupla…Tapi aku rasa bersyukur sebab keje kat sini byk pengalaman yang aku dapat, dulu ternganga masa lecture dok explain sampai berbuih mulut. la ni banyak dah paham. byk keje aku kat sini related dengan apa yang aku belajar. Nothing can change with experiance. Tapi aku tak puas hati pasal aku rasa apa yang aku dapat tak setimpal dengan keje aku.

Ketiga , tak ada idea, kalau cakap bab politik yang tgh hangat sekarang ni. tak cukup satu hari ni. Takut kena gam plak kang. Aku bila kat ofis jadi pro BN, bila balik rumah kang jadi pro BA.  Dua2 masuk telinga, pilihan di tangan anda. korang agak2 aku undi siapa pada PRU yang lepas. Bagi aku no body perfect. Setiap org ada kelebihan dan kelemahan. Gunakanlah kelebihan di jalan yang betul dan perbaikila kelemahan utk kebaikan bersama. Yang penting kita kena ingat tak suma apa yang kita buat dapat memuaskan hati suma pihak. So nak tau aku undi saper,,.. korang fikirla sendiri….

Keempat, malas, tak der mood, tension kerja, tgk computer ni pun rasa nak termuntah.. (please..please motivate me…)

Kelima… tadi aku dah taip banyak,, aku tau macam mana boleh terdelete… tension kena taip lagi skali… dah la jarang2 dapat up date.. sabar…

Keenam… mak,..i miss u

Keenam…bos ada kat belakang.. ALamaK!…..

 

One Response to “Selepas sebulan lebih…”

  1. mamawafiy Says:

    oit..lepas keenam ketujuh la..tau la boss ada kat blkg..tapi agak2 ler..hehehehe…jgn marah..

    btw..sabo la nurul…susah2 dahulu, senang2 kemudian. aku tau aku mcm tak layak nak advice ko, tapi setiap org ada rezeki masing2..ada hikmah kenapa allah bagi kita sesuatu tu…aku akan doakan agar ko dan semua kawan2 aku berjaya dan dapat apa yg diinginkan…


Leave a Reply