nurul network

the future belongs to those who believe in the beauty of their dreams – eleanor roosevelt

Soto October 26, 2007

Filed under: recepies — uun1712 @ 4:03 pm

resepi ni dedicate for my special friend Ina K.K yang minta resepi ni pasal nak masak kat suami tercinta.( yang dah lama tak call kiter tapi tetiba jer hantar sms minta resepi). . First of all sediakan bhn2 dia dulu

bahan untuk kuah:

bawang merah & bawang putih, serai, halia, lengkuas

kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga

minyak utk menumis

stok ayam(air rebusan ayam)

garam

daun sup

cara2: tumis bahan2 rempah sampai naik bau, baru masukkan bawang,serai, halia, lengkuas dan serai(tumbuk). Kalau nak sedap lepas tumis tu campurkan ckit santan(sikitje pasal nak bagi pekat jer bukan sebagai kuah). bila suma dah naik wangi masukkan stok ayam tadi. tunggu mendidih letak garam secukup rasa. dah masak taburkan daun sup.

bahan2 utk begedil

ubi kentang 4 biji

daging lembu @ ayam (ambil ckit dari stok ayam tadi)

daun sup-dihiris halus

bawang merah- 4 ulas

bawang putih-1 ulas

garam

serbuk lada hitam

cara2; ubi kentang dihiris nipis dan digoreng. Angkat dan ketepikan. Goreng pula bawang2 yang dihiris nipis sehingga garing.

tumbuk dalam lesung ubi kentang tadi dan ayam(@ daging). Bila dah lumat campurkan ayam dan ubi kentang dengan bawang yang digoreng garing, daun sup, serbuk lada hitam dan garam. gaulkan hingga sebati dan bentukkan bulat2 ikut besar yang kiter suka. Celupkan dengan telur yang dipukul dan goreng dalam minyak panas. bila dah masak angkat. makan skali dengan sup soto tadi.

Sambal kicap;

tumbuk cabai dan bawang putih ckit. perah asam limau campur kicap(manis @ masin-ikut suka).

cara hidang;

masukkan nasi impit, ayam (rebus & goreng) yang disiat halus, soon yang digoreng, kacang tanah, taugeh, begedil & bawang goreng dalam satu mangkuk dan tuangkan kuah panas2.Jangan lupa masukkan sambal kicap.

p/s; dah tulis resepi ni macam kena buat nih. raya ni belum dapat lagi makan soto.

 

Salam Aidilfitri October 8, 2007

Filed under: Uncategorized — uun1712 @ 12:57 pm

Buat yang mengenali diri ini, ampun dan maaf dipinta kerana diri ini hanya insan biasa banyak kekurangannya yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Semoga Aidilfitri yang akan menjelang ini akan mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Buang yang keruh ambil yang jernih. Yang akan pulang beraya, berhati-hati di jalan raya. Jangan lupa pada yang tiada, hanya doa yang dapat dipanjatkan. MAAF ZAHIR & BATIN

2397446959.jpg

 

new blog presentation October 2, 2007

Filed under: Uncategorized — uun1712 @ 4:33 pm

2 oct 2007, tukar blog background. okay tak?

 

teka siapa ni? October 2, 2007

Filed under: Aku & kenangan — uun1712 @ 2:15 pm

27 years agome..baby

 

ALONG SHAAKIRA October 1, 2007

Filed under: Aku & kenangan — uun1712 @ 1:14 pm

 Happy belated birthday to Along. He.. he.. sajer jer taknak wish kat phone. Sorila semalam (30 Sept) cuti. so belated je la.Yang ke 23 yer. dah tua jugak anak sedara aku yang sorang ni. shaakira.jpg Yang ni gambar dia waktu kecik2. Nampak tak gambar budak pompuan kat belakang tu, aku le tuh. saja nak inter frame he.. he… Macam anak cina kan??img_2984.JPGYang ni gambar sekarang .. kat tgh tula anak sedara aku. Nama dia Shaakira, tapi kitorang panggil Along je. Yang sebelah kiri tu kak ngah aku(mak along ni) . Masa kecik memang kitorang rapat. nampak je lembut anak sedara aku nih. pernah dia ligan aku keliling rumah.. (masa budak2 la. sekarang dak aih..) Arwah abah aku panggil dia budak lorong ciku. pasal dia kecik2 dok kat Lorong ciku, Sentul. Bila kena marah dengan ayah dia, mesti call nenek mengadu macam2.. manja dia ni. Sekarang ni study kat UIA. tapi famili dia menetap kat Jitra Kedah.  So banyak sebenarnya kenangan manis ngan dia ni. So jangan lupa kat Ucu bila dah ada kehidupan sendiri nanti.. Ingat projek tumpi kiter ari tuh.. he.. he.. malu nak cerita..

So semoga panjang umur dan dimurahkan rezki. Dapat jodoh yang baik InsyaAllah. InsyaAllah tahun depan ucu standby cuti utk along punyer kenduri.shaakira2.jpgNi gambar Along masa mula2 pindah kat Jitra,Kedah. Umur 1 tahun++