nurul network

the future belongs to those who believe in the beauty of their dreams – eleanor roosevelt

Laksa Johor September 25, 2007

Filed under: recepies — uun1712 @ 9:39 am

Tumis minyak, masukkan bawang merah, bwg putih yang dikisar. tunggu hingga wangi masukkan rempah kari ikan dan cili kering yang dikisar. Tunggu hingga pecah minyak masukkan ikan yang diblender dan santan. masukkan bunga kantan, daun kesom dan asam keping. masukkan garam secukup rasa.

Untuk hidangan campurkan spagethi dengan hirisan timun, daun kesom, bunga kantan, tauge dan telur rebus. Jangan lupa sambal belacan bagi yang suka pedas.

p/s: ni menu aku berbuka pada 11 Ramadhan.

p/s: Thanks Yani, bagi aku resepi ni. Laksa Johor ni dah jadi kegemaran famili aku (anak2 aku yang kecik tu pun suka makan laksa johor ni.)

 

lelaki ini-Anuar Zain September 19, 2007

Filed under: jom nyanyi — uun1712 @ 12:09 pm

 

Ammar 2 September 17, 2007

Filed under: anak-anakku — uun1712 @ 1:36 pm

Ammar & spek hitamAmmarHari ni aku bawa Ammar g hospital utk follow up kes dia yg masuk wad pada 25/06/07 – 30/06/07 (jangkitan kuman pada paru2). Kesian kalau tgk Ammar kena amik darah. bukan ckit plak tu. Actually darah ni utk test kandungan zat besi Ammar sbb 2 minggu lepas aku g hospital utk follow-up kes ni, doktor memberi tahu anak aku ni kurang zat besi. So dlm tempuh 2 minggu slps diberi ubat Ammar akan diambik darah skali lagi utk test zat besi. Tak sampai hati bila tgk anak kiter menangis masa diambil darah, tapi demi kesihatan dia kiter terpaksa. Result darah akan diketahui 1 minggu lagi. Semoga anak ummi ni sihat sentiasa dan result nanti ok serta tiada yg membimbangkan.  

 

My lovely Abah September 15, 2007

Filed under: Aku & kenangan — uun1712 @ 12:14 pm

arwah-abah.jpg Arwah Ishak b. Rajikin

Inilah gambar arwah abah aku, Tuan Haji Ishak bin Rajikin. Esok 16 September 2007 merupakan tahun ke-5 arwah meninggalkan kami pada usianya 72 tahun. Arwah meninggal sakit tua. Pada ketika itu aku baru 23tahun (2002). Aku ingat lagi time tu aku kat masih lagi kat study kat Arau. Sehari sebelum final exam (paper Audit) aku dapat call dari abang aku tapi dia pass kat mak. Ringkas jer mak cakap ” Nurul, abah dah takde”. Waktu tu dah petang lebih kurang kul 5.30. Abah menghembuskan nafas terakhir selepas Asar. Sebak jer dada aku dengar mak cakap. Lepas tu kak ngah aku call dari jitra, dia& famili dia akan dtg amik aku kat Arau untuk balik sekejap tengok arwah buat kali terakhir. Sampai KL dalam kul 10.00 terus pegi kat arwah (surau) tengok muka arwah dan sedekahkan Yasin. Lepas tu terus naik rumah. Lepas subuh dalam kul 6 tengok arwah buat kali terakhir sebelum bertolak ke KLIA untuk balik semula ke Arau untuk amik exam utk paper Audit (2.00 ptg). Alhamdulillah walaupun fikiran aku terganggu aku dpt habiskan jugak paper tu.

famili

Ini pula gambar kenangan aku, abg Abdul Rahim, Mak dan arwah abah. Al-fatihah untuk arwah…

 

zoo negara September 13, 2007

Filed under: zoo negara — uun1712 @ 2:36 pm

nurul-043.jpgnurul-048.jpgnurul-042.jpgAMMARADAMummi & ammarayah & adam

Lawatan ke Zoo Negara pada 26 Ogos 2007. Ahli rombongan terdiri daripada Ayah, Ummi, Adam dan Ammar. Tiket RM15/dewasa, RM7/kanak2 bwh 3 thn.

Zoo  antara tempat wajib pergi bila dah ada anak. Selain Zoo Negara, antara zoo lain yang terkenal kat Malaysia ni ialah Zoo Taiping & Zoo Melaka. (teringat plk kat Zuriza dari Melaka, pasal dulu kitorang panggil dia zu melaka).  Kat sinila anak2 kita nak kenal haiwan2 selain tengok gambar kat buku atau tv. Rasa seronok bila tgk anak2 kiter exicted tgk haiwan2 ni.

 

Harapan Ramadhan September 13, 2007

Filed under: jom nyanyi — uun1712 @ 9:38 am

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna. Agar dapat ku lalui dengan sempurna. Selangkah demi selangkah, setahun sudahpun berlalu. Masa yang pantas berlalu hingga tak terasa di bulan Ramadhan semula.

Puasa satu amalan, sebagaimana yang diperintahNya. Moga dapat kulenturkan nafsu yang selalu membelenggu diri, tiada henti-henti. Tak ingin kubiarkanRamadhan berlalu saja.Tuhan pimpinlah daku yang lemah mengharungi segalanya dengan sabar.

Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan. Ku merayu pada Tuhan diterima amalan. Selangkah demi selangkah dengan rahmatMu oh Tuhanku, ku tempuh jua.

-Manbai & Raihan

 

Adam & friend September 12, 2007

Filed under: anak-anakku — uun1712 @ 5:40 pm

Adam & friend

 

Selamat Berpuasa September 12, 2007

Filed under: Uncategorized — uun1712 @ 12:27 pm

Sedar tak sedar esok dah 1 Ramadhan. Ini bermakna kita akan mula berpuasa. Sekejap jer masa berlalu. Di kesempatan ini saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kekawan dan saudara seislam yang berpuasa. Semoga di bulan puasa ini membawa seribu keberkatan untuk kita semua.

p/s: Bila nak tiba puasa ni ramaila plak ada penyakit gastrik

Selamat berpuasa

 

Spagheti goreng September 12, 2007

Filed under: recepies — uun1712 @ 11:54 am

Resepi ni tercipta bila aku tgk lebih spageti yang aku buat ari tu tak terusik lama. So aku try la buat spagheti goreng. bawa plak kat ofis, ada yang tukang makan, siap buat cadangan raya nanti buat spagheti goreng jer..  sedapla tu, Maya kawan aku pun try buat kat umah, kena puji sedap.. Asalnya aku main campak2 jer bhn2 dia ni. Tgk apa yang ada dlm peti ais.

spagheti(1/2 bungkus),bawang merah, bawang putih, daging cincang, rempah kari, cili blander,sos tiram, sos tomato,sos cili, sayur campur, minyak,garam,gula.

mula2 rebus spagethi. Bila dah masak toskan, gaul dengan minyak zaitun(olive oil) satu sudu untuk jadikan spagethi tu cantik, tidak melekat dan tidak keras bila dah sejuk.

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang. Bila dah agak wangi masukkan cili blender. bila dah pecah minyak masukkan daging cincang dan rempah kari. Bila daging dah agak empuk bolehla masukkan sos tiram, sos tomato & cili, sayur campur, garam &gula. Sos tomato lebih dari sos cili sbb selalu masak spagethi bhn asas dia ialah tomatokan(so spagehti tak boleh dipisahkan dgn tomato). So bila dan serasi, buat macam tumis mee, masukkanla spagheti yang ditoskan tadi. Gaul hingga sebati. Angkat dan hidangkan.

 

penat jadi ibu September 10, 2007

Filed under: anak-anakku — uun1712 @ 11:45 am

BUAT SEPAH

inilah anak2 aku. memang menuntut kesabaran betul. asalnyer baju2 tu suma aku keluarkan dari laci cabinet pasal nak asingkan yang maner boleh pakai dan yang tak boleh pakai boleh bungkus simpan atas almari. Adam ni tgk jer aku buat. so bila dah siap kemas tak sempat nak bungkus. dia twarkan diri nak tolong ummi kemas. macam tula jadinyer. habis suma yang dah dlm laci dia kuarkan balik. Adik pun joint la Abang Adam dia buat.  pastu Adam cakap “adik Ammar buat sepah2″.  Tak kuasa nak bising aku pun biarkanla diorang dgn aktiviti & kreativiti diorang. Aku kemas balik bila diorang dah tido.